[VIDEO] Suasana 'Pelik' Ketika Pengebumian Anak2 Di Tanah Perkuburan Tadi MENGEJUTKAN Semua Hadir !!

Langit mendung dan suasana hiba menyelubungi majlis pengebumian jenazah para pelajar maahad Tahfiz Ittifaqiyah Keramat di tanah perkuburan Taman Selasih, Gombak.

Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan para syuhada, insyaAllah. — in Tanah Perkuburan Taman Raudhatul Sakinah.











12 sahabat di Raudhatul Sakinah

JENAZAH mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah akan dikebumikan dengan kadar segera selepas memperolehi keputusan DNA.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, 12 jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda, Kuala Lumpur.

“Persetujuan adalah daripada keluarga masing-masing. Jenazah lain waris memohon untuk melakukan pengebumian di kawasan masing-masing.

"Kita mahu proses ini dilakukan segera dengan menubuhkan enam pasukan khas bagi menguruskan jenazah secepat mungkin.

"Bagaimanapun, bergantung kepada keputusan DNA bagi pengecaman mayat yang dijadualkan akan dikeluarkan pada 3.30 petang ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat lawatan di lokasi kejadian, di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Beliau turut menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang andaian berhubung insiden kebakaran pusat tahfiz terbabit.

"Kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara terperinci," katanya.

Sementara itu, penggagil kubur yang hanya mahu dikenali sebagai Remy, 27, berkata dia bersama beberapa rakan lain mula mengorak liang, semalam.

“Tapi, hujan menyebabkan kami sambung lagi hari ini. Kami gali 12 liang,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog