Kronologi Sebenar !! Mereka jerit “panas, panas…api, api… tak tahu nak kata apa apabila tiba-tiba seorang daripada anak-anak tahfiz itu jatuh depan mata saya, seorang lagi di belakang saya,” – saksi paling awal tiba di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah


 Semasa, Terkini, ViralMereka jerit “panas, panas…api, api… tak tahu nak kata apa apabila tiba-tiba seorang daripada anak-anak tahfiz itu jatuh depan mata saya, seorang lagi di belakang saya,” – saksi paling awal tiba di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

“Trauma, tak tahu nak kata apa apabila tiba-tiba seorang daripada anak-anak tahfiz itu jatuh depan mata saya, seorang lagi di belakang saya,” kata saksi paling awal tiba di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, ketika pusat itu terbakar awal pagi, semalam.

Ahmad Tirmizi Abdul Hamid, 46, sebak menceritakan detik yang tidak mampu digambarkan itu sebaik tiba di surau Al Madrasatul Ittifaqiyah yang terletak bersebelahan pusat tahfiz kira-kira 5.30 pagi tadi untuk solat subuh.

Beliau yang tinggal tidak jauh dari pusat tahfiz itu berkata, ketika hendak berwuduk, terlihat cahaya terang dari arah bangunan pusat tahfiz berkenaan, namun tidak menyangka sesuatu yang buruk sedang berlaku.

“Selesai berwuduk saya intai dari pagar surau ke kawasan asrama (bersebelahan surau).

“Saya terdengar anak-anak tahfiz menjerit … panas-panas…api-api…. Baru saya sedar ada kebakaran.

“Saya menjerit kepada mereka agar keluar dan segera turun sambil saya cuba mendapatkan alat pemadam api di dalam pejabat namun gagal kerana pintunya berkunci.

“Saya cuba merempuh pintu pejabat, juga gagal. Saya buntu dan tak tahu nak buat apa lagi.

“Ketika menghampiri perkarangan pusat tahfiz itu langkah saya terhenti apabila seorang anak itu jatuh betul-betul depan mata saya, seorang lagi jatuh di belakang saya dengan api membakar badan mereka,” katanya.



Antara pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terkorban.
Menurut Ahmad Tirmizi, dengan bantuan seorang lagi penduduk yang juga datang bersolat di surau itu, mereka berusaha memadamkan api pada badan kanak-kanak itu dengan kain basah.

“Masa itu saya langsung tak boleh fikir apa-apa. Saya juga risau dengan nasib anak-anak tahfiz lain di tingkat atas. Dalam hati saya tidak putus-putus berdoa agar lebih ramai penduduk menyedari kejadian itu dan datang membantu.

“Sebelum bomba sampai, penduduk cuba bantu, tapi semuanya berlaku dalam sekelip mata, api makin besar dan kami juga turut terasa panas bahang api yang marak serta terhidu asap tebal,” jelasnya.

Ahmad Tirmizi berkata beliau tidak mampu untuk mengingati lebih lagi kerana terlalu sedih berikutan tidak mampu melakukan apa-apa untuk menyelamatkan lebih ramai pelajar yang terperangkap.

Kebanyakan jemaah surau berkenaan yang ditemui turut melahirkan rasa sedih dan terkilan dengan tragedi memandangkan anak-anak pusat tahfiz berkenaan sering mengimarahkan surau itu dengan gelagat mereka yang sopan dan mesra dengan semua orang.

Lebih 300 penduduk kawasan berhampiran serta waris mangsa memenuhi ruang surau berkenaan untuk bersolat maghrib dan isyak secara berjemaah serta mengadakan majlis bacaan Yassin malam tadi.

Seramai 21 pelajar dan dua guru yang juga warden, terkorban dalam kebakaran itu yang berlaku 5.15 pagi.

sumber: hmetro

Comments

Popular posts from this blog