[UPDATE] Sayu! Inilah keadaan terkini adik shahir dan rakan yang berjaya terjun dari bangunan terbakar, dalam keadaan kritikal (8Gambar)


Doakan adik shahir dan rakan kritikal darah keluar dari badan dan paru-paru (8Gambar)
Kuala Lumpur : Dua pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur yang terlibat dalam kebakaran semalam masih dalam keadaan kritikal.

Keadaan dua pelajar yang cedera parah itu memang kritikal yang mana seorang daripadanya melecur teruk serta darah masih keluar dari badannya manakala seorang lagi (mengalami) kecederaan dalaman termasuk patah tulang rusuk dan ia tercucuk paru-paru mangsa.
Antara mereka yang cedera dan kritikal adalah adik Shahir namun dia kini semakin positif dari masa kesemasa.











Bapa adik Shahir Datuk Dr Sharifuddin Musa, 45, menceritakan anak nya Mohd Shahir, 11, dapat menyelamatkan diri dari menjadi mangsa kebakaran tersebut.
Anak saya menyelamatkan diri bersama-sama rakannya dengan memecahkan cermin, melompat dan memecahkan awning dibantu orang ramai yang berada di bawah,” katanya ketika ditemui pemberita di Wad Kecemasan Hospital Kuala Lumpur hari ini.
Datuk Dr Sharifuddin juga mempersoalkan darimana datangnya dua tong gas di tingkat tiga (di luar bilik asrama ?.
Beliau curiga dengan ‘kemunculan’ dua tong gas berkenaan yang sudah pasti mendatangkan kecelakaan yang lebih teruk apabila berlaku kebakaran,”Tong gas itu tidak sepatutnya berada di situ,” katanya,
Anak saya Shahir ditemui dalam keadaan muka hitam dan tidak sedarkan diri,berdasarkan maklumat mangsa yang selamat (saksi), kebakaran itu bermula dari luar bahagian pintu asrama itu yang menyebabkan mereka terperangkap.
Tambahan pula ada dua tong gas di situ yang mungkin menjadi punca api lagi besar dan cepat merebak,” katanya kepada pemberita .
Sama-sama kita doakan agar adik Shahir cepat sembuh petang tadi dikhabar dari ibunya Puan Dinie adik shahir telah sedar dan memberi perkembangan positif, pada yang lain yang masih bertarung nyawa semoga cepat sembuh, jenazah rakan-rakan adik shahir yang meninggal selamat disemadikan petang tadi. Al fatihah

Comments

Popular posts from this blog