'Saya Tak Tahu Dia Ajak Ehem-Ehem' - Inilah Reaksi 'Mengejutkan' Pelajar Perempuan 15 Tahun Selepas Tangkap Khalwat !
KUALA TERENGGANU – “Saya tidak tahu dia nak ajak tidur sini sebab dia janji nak hantar balik rumah,” itu alasan yang diberikan seorang pelajar tingkatan tiga selepas ditangkap berkhalwat dengan teman lelakinya berusia 17 tahun di sebuah hotel murah di bandar Besut, Khamis lalu. Gadis itu yang merupakan calon ujian bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) ditahan selepas bilik hotel yang disewa bersama kekasihnya yang juga merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diserbu sepasukan penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) jam 11.30 malam. Serbuan itu dilakukan hasil maklumat awam yang memaklumkan menjadi satu kelaziman pasangan remaja menyewa bilik-bilik hotel murah di sekitar bandar Besut terutamanya pada malam minggu. Siasatan JHEAT mendapati, pelajar perempuan itu sebelum ini dijemput oleh teman lelakinya dari asrama sebelum bersama-sama merancang untuk menyewa bilik di hotel terbabit sehingga Sabtu. “Gadis itu memberitahu kekasihnya yang juga bersekol